Assalamu’alaikum!

November 23, 2008

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!~

Alhamdulillah!~ syukur kehadratNya dapat juga capai keinginan ana..=)

Hari ini secara officialnya blog baru ana dibuka..hehe~

*hands clapping*

Ooh syukraan pada semua~..*ana memotong ribbon*

Hehe…meriahkan majlis ana tadi..ok,dalam post ana yang pertama ni,ana nak share sesuatu dengan antunna semua..

Barangsiapa menyembunyikan kemarahan sedangkan ia berkuasa untuk menampakkannya,maka pada hari kiamat nanti,Allah akan memanggilnya dan membenarkannya memilih mana-mana bidadari yang disukainya

-Hadis riwayat Tirmizi dan Abu Daud

Ini ana petik dari suratkhabar berita harian pada hari ini..Sesuatu yang menarik kan??Bukan mudah nak mengawal perasaan marah lebih-lebih lagi kalau memang perkara itu memang patut dimarahkan..ganjarannya bagi orang yang mengawal kemarahannya sedangkan ia berkuasa untuk menampakkannya amat BESAR..Bukan calang-calang orang boleh dapat ganjaran macam tu..

Bak kata u.maryam:Benda baik ni bukan senang nak buat..

Seringkali kita melampiaskan kemarahan kita tanpa teragak-agak tentang risiko yang akan menimpa diri kita..Banyak kebaikan dapat kita raih jika kita dapat mengawal perasaan marah..

Cuba bayangkan kerana tidak dapat mengawal kemarahan kita,ukhuwwah yang telah dibina bertahun-tahun lamanya musnah macam gitu sahaja..Bayangkan perasaan bersalah akan terus membayangi diri kita hanya kerana kita tidak berjaya untuk mengawal perasaan marah kita ni..Bukan itu sahaja malah ada yang lebih buruk lagi yang boleh terjadi jika kita gagal mengawal kemarahan kita..Moga dijauhkan keadaan itu,nau’uzubiLLah!!

Akhawat~ renungkanlah hadith yang ana petik dari suratkhabar..Mengawal rasa marah bukan senang sebab itu dijanjikan ganjaran yang begitu besar!!..SubhanaLLah!!~ semoga semua ini dapat dijadikan peringatan bagi akhawat yang tersayang..

Ma’asalamah=)

Hello world!

November 21, 2008

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.